Tuesday, March 18, 2014

Untitled

Bismillah,

Ya Allah, sungguh aku semakin lemah menghadapi ujian dari sudut ini. Allah, apa perlu aku lakukan? Aku tidak sesekali menyalahkanMu kerana menghadirkan teman sedang aku pernah meminta dan bertekad untuk tidak berdamping rapat dengan sesiapa. Sungguh Engkau lebih luas ilmu dalam percaturan hidup yang terbaik buatku. Allahumma rabbi, aku mengadu padaMu, aku lemah. Tiada daya padaku melainkan pinjaman daripadaMu semata-mata. Ya Qawiy, kurniakan aku ketabahan hati dan rasional akal fikiran untuk berhadapan dengannya. Kurniakanlah aku idea untuk menjawab setiap soalan yang dilontarkan, supaya tiada salah faham yang akan berleluasa. Allah, pada siapa lagi harus aku bergantung harap dan megadu minta dipujuk kalau bkn kepadaMu? Aku tahu, Engkau Maha Faham walau aku tidak meluahkan. Namun aku juga tahu, Engkau lebih rindu mendengar luahan ini. Allah, berikan aku cara paling hikmah untuk berhadapan dengan apa jua situasi yang melanda. Kurniakanlah, zahirkanlah izzahku terhadap sesiapa yang berurusan denganku. Tiada ketakutan yang layak selain hanya padaMu. Aku yakin itu ya Allah. Namun kenapa aku masih berasa khuatir untuk menyatakan hasrat hati? Ya Allah, aku mengadu bukan kerana aku tidak menyalahkan diriku, ketahuilahya Allah, aku sangat menyedari kesalahan aku bahawa sesungguhnya aku semakin jauh dariMu sehinggakan Kau menegur aku dengan cara begini. Ya Rabbi, tabahkanlah hatiku sehingga aku mampu berdepan dengan setiap dugaan yang menimpa. Aku tak minta diperkecilkan ujian, ya Allah, malah aku mohon, perbesarkanlah jiwaku, thabatkanlah imanku dalam menghadapi teguran dan nasihat secara langsung atau tidak dariMu. 
Allah, aku buntu, bagaimana harus aku menjawab segala pertanyaan? Diamku dikatakan tidak bertanggungjawab, sedang bicaraku sentiasa dilihat mencari dan menunding kesalahan. Bagaimana harusku lakukan lagi ya Allah? Sungguh aku sangat buntu. Allah, berilah kefahaman dan kesatuan hati kepada kami, sehingga kami mampu berlapang dada dengan ujianMu. Aku tahu, aku sedar, ya Rahim, ini hanyalah sedikit teguran untukku supaya aku tidak mesra dengan makhlukMu melebihi mesranya aku denganMu. Namun ya Alim, bagaimana harus aku jelaskan, supaya kefahaman itu jelas tanpa ada hati yang terguris, tanpa ada syak di hati manusia…Allah, aku tak mampu nak meluahkan segalanya, namun aku yakin Engkau lebih memahami apa yang zahir dan tersembunyi. Redhailah aku ya Allah.. Allah, andai persahabatan ini menjadikan aku semakin jauh dariMu, berilah hidayah kepada kami untuk memperbetulkannya hatta kami semakin dekat denganMu. Seandainya persahabatan ini tidak mencacatkan hubungan kami denganMu, berkatilah, redhailah, dan teruslah beri hidayah kepada kami, supaya dapat kami menampung kecacatan-kecacatan yang disebabkan oleh kami sendiri. Lancarkan urusan persahabatan ni ya Allah. Allah, sungguh aku meminta, bantulah aku melisankan apa yang terbuku di hati, dengan sebaik-bak kalimah dan hikmah, supaya tiada jiwa yang terluka dengan bicaraku. Allah, Allah, Allah..aku lemah, sungguh aku tak berdaya. Bagaimana lagi harus aku adu kepadaMu ya Allah, sedangkan aku sendiri tiada kata untuk diterjemahkan? Satu keyakinanku yang sangat pasti, aku yakin Engkau lebih memahami dari segalanya. Allhu rabbi, thabbit qalbi ya Qawiy :’( :’( :’(

No comments: