Waktu kita membujang, orang sibuk tanya bila nak kahwin? Kalau
umur dah lanjut, biasanya orang akan kata kita ni terlalu memilih, cerewet,
mencari yang sempurna. Sedangkan, jodoh tu Allah hanya bagi bila kita dah
sedia. Dan kesediaan kita tu, hanya Allah yang tahu.
Bila dah kahwin, orang tanya pula, bila nak dapat anak? Kalau
dah bertahun-tahun kahwin tapi masih tak dapat anak, orang akan sangka kita
mandul. Biasanya kaum isteri lah yang dipersalahkan dan dituduh sebagai mandul.
Jarang orang lelaki dikatakan mandul. Kenapa ye?
Hmmm, entri kali ni bukanlah nak kata sesiapa mandul, bukan
juga nak menceritakan perihal kemandulan mendapatkan anak. Mandul tu apa ye? Biasanya
orang mentakrifkan mandul ni sbg penghalang utk mendapat anak setelah berkahwin.
Mungkin sperma dan ovum tidak aktif atau tak kuat utk mendapatkan seorang anak.
Apa pun takrifannya, kita tolak ke tepi dulu.
Persoalannya sekarang, mandulkah kita? Apa erti mandul di
sisi islam?
Dalam islam, salah satu tujuan kita bernikah adalah untuk
mendapatkan zuriat, sebagai penerus dan penyambung perjuangan nabi kita
menyebarkan islam. Sebagai penyambung khulafa ar-rasyidin menegakkan daulah
islamiyah. Tapi, adakah pernikahan satu-satunya cara untuk kita melahirkan
zuriat-zuriat yang menyambung rantai perjuangan ini?
Tidak. Setiap muslim- aku, kau, dia, mereka, dan kita semua-
sebenarnya berperanan dlm melahirkan zuriat-zuriat ini walaupun dalam keadaan
kita masih bersendirian, belum bernikah.
Muslim yang mandul, ialah muslim yang tak mampu melahirkan
walau seorang manusia yang akan menyambung tugas menyebarkan risalah dan
berkorban apa sahaja demi menegakkan islam! Ketika ‘umur’ Muslim kita bertambah
saban tahun, tanpa kita sedar kita adalah muslim yang mandul. Bagaimana mungkin?
Cuba kira, selama ‘umur’ muslim kita, berapa ramai orang yg berjaya kita
muslimkan? Berapa orang yang telah kita berjaya dakwahi untuk ditarbiyah? Dan berapa
orang pula orang yang kita tarbiyah, berjaya menjadi mukmin sejati? Sedangkan,
selama hidup kita, kita berjumpa dengan ramai orang. Kita berkenalan dengan
ramai orang. Di asrama, di kampus, di taman perumahan, di kampung halaman, di
mana-mana sahaja. Dalam ramai-ramai yang ada di sekeliling kita, berapa ramai
yang telah kita ‘lahirkan’ dari ‘rahim’ tarbiyah kita untuk menjadi seorang
penyambung rantai perjuangan nabi?
Allahu..dalam kerisauan kita memikirkan kemandulan di dunia
demi melahirkan anak sebagai penyambung zuriat, pernahkah kita terfikir tentang
kemandulan yang lebih dahsyat dan perlu diberi lebih perhatian sepenuhnya? Tanya
diri, Tanya iman. Muhasabahlah, mandulkah kita? Apakah kita penyebab terhentinya
zuriat islam? Salam muhasabah buat diri dan semua.
credit mahalah jom isu no. 17
credit mahalah jom isu no. 17
1 comment:
fuhhh the first person who comment ur blog :p
ayat yg mengetuk minda. mabruk!
Post a Comment