Friday, July 25, 2014

.

Kita kata, kita sayang kawan kita. Apapun yang berlaku, kita tetap mahukan dia bahagia.
Namun, kita tak sedar, dalam diam sebenarnya dia banyak memendam rasa. Bukan marah, bukan benci, apatah lagi dendam. Dia hanya mahukan kebebasan. Dia hanya mahu menjadi dirinya sendiri, tak terikat dengan peraturan persahabatan yang kita cipta. Bukankah persahabatan sejati itu tidak seharusnya ada peraturan?

Tanpa sedar, kita sebenarnya banyak membuatkan dia makan dalam memendam perasaan. Setiap kali dia ‘online’ di facebook, WhatsApp, telegram, dan seumpamanya, kita mesti mahukan dan harapkan dia menegur kita. Seolah-olah, itu syarat WAJIB untuk dia ‘online’. Sekiranya dia tidak menegur, kita mula mengatakannya dia cuba melarikan diri daripada kita. Kita kata dia sudah tak mahu berkawan dengan kita. Kita menuduhnya telah berjumpa kawan baru yang lebih baik daripada kita. Kita kata dia bosan dengan kita. Dan sebagainya.

Kita tak sedar, perangai sebegitu menyebabkan dia rasa tertekan. Hilang kebebasan untuk berkawan. Urusannya dengan orang lain tergendala gara-gara perlu melayan kita. Bila dia tidak menegur kita, atau tak sempat membalas mesej kita, kita mula lontarkan kembali kata-kata sebegitu. Tambah lagi, jika dia tak sempat atau terlupa memberitahu prosedur kehidupannya, kita mula mengulangi ayat yang sama. Tanpa sedar, kitalah yang membuatkan dia bosan dan tertekan dengan tingkahlaku kita. Dia merasakan kebebasannya terhalang. Keyakinannya hilang, kekuatannya semakin luntur.

Dia cuba meluahkan, namun kita balas dengan merajuk panjang kita. Kita lontarkan lagi ayat yang serupa. Dia jujur menyatakan kesibukannya dan kemahuannya untuk berenggang dengan kita, namun kita tetap memaksa supaya dia terus bersama  kita. Pernahkah kita cuba menyelami hatinya? Tidakkah kita memberi ruang padanya untuk menjadi dirinya sendiri, berbuat ikut kemahuan dan keselesaannya?

Ya, kata orang, sahabat sejati akan berkongsi segala cerita tanpa rahsia, dan dia telah melakukannya pada tahap kemampuannya. Itu hanya kata orang. Pada dia, cukuplah sahabat itu ada saat dia gembira dan sedih, tanpa perlu bercerita kesemuanya. Persahabatan itu lebih jujur jika tidak diminta untuk bercerita, malah tidak dipaksa sekiranya dia mahu merahsiakannya. Kenapa kita mengongkong kehidupan dia?

Manusia. Kita dan dia juga manusia. Fitrahnya mahukan Penciptanya. Ada masa dia benar-benar perlu bersendiri. Ada masa, dia juga mahu bersama orang lain meluangkan masa. Namun kita menyekat kebebasannya bersosial. Kita menyekat kemahuannya. Kita menghalang proses kehidupannya. Cemburu kita menyekat dia. Dia kehilangan kebebasan. Dan apa yang mampu dia lakukan, hanya memendam hasrat dan teruskan bersama kita, semata-mata mahu menjaga hati kita.

Jadi, bagaimana sayang kita pada dia sebenarnya? Kerana tingkah kita, membuat dia rasa terpaksa. Terpaksa untuk menjaga persahabatan ini demi menjaga perasaan kita. Terpaksa untuk berkongsi cerita, sedangkan memang tiada apa hendak diceritakan. Saat dia mula rasa segalanya terpaksa, kita dapat merasakan kemanisan dan kejujuran bersahabat dengannya kian pudar. Kita mula menyalahkannya. Padahal, semuanya kerana kita! Dia cuba meminta masa untuk bersendiri, dan kita, masih terus memberikan kata-kata yang sama, membuatkan dia semakin terhimpit dan terseksa.


Sayang bagaimanakah kita kepada dia sebenarnya jika hanya kita yang layak bersama dia?

Maafkan aku, kerana aku lah 'kita' itu.

Sunday, July 20, 2014

Tahap Diri Manusia

empat tahap diri manusia. mana satu kita?
tahap pertama dan tinggi : golongan yg sentiasa memberi solusi dan idea. bila berbual dengan dia, isinya sentiasa positif, berusaha memberi jalan kalau diadukan kesusahan. bila mengupas sesuatu isu, x bias, boleh nampak pros&cons both side. pandai cari hikmah dan ibrah 
tahap kedua, lebih rendah dr yg pertama : orang yang bercakap perkara biasa2. ini org kebanyakan. ramai drpd kita di sini. boleh dipertingkatkan kualiti isi perbualan 
tahap ketiga, rendah dr yg kedua : orang yang suka merungut. bila ada benda tak kena, mesti nak merungut dulu. beza dgn org pertama yg cari solusi. golongan ni pun golongan kebanyakan kita. mungkin perlu lebih lg belajar erti syukur dan redha 
tahap keempat, paling rendah : orang yang suka bangga diri. bahaya ni. dia je betul, cakap orang lain semua salah, x nak dengar. moga-moga bkn kita tergolong dalam kalangan ni. nauzubillah. takabbur tu sikap syaitan dan iblis, jd jangan takabbur. nnt kita pun sama je mcm mereka.
-sharing
*sebaik-baik perkataan adalah yg pendek dan padat.
*kalau takde benda nak cakap, lebih baik diam, zikir senyap-senyap, takut2 kalau bersuara nnt akan melukakan hati orang.
tadabbur surah as-soff ayat 1-3 

Saturday, July 19, 2014

Gaji: Hutang dan Zakat.

Gaji: Hutang dan Zakat.

Apa kaitannya?

Gaji banyak tapi sikit. Ada orang gaji lebih rendah dari kita, tapi dia boleh buat macam-macam. Kenapa?

Hutang.
Nama pun hutang, maka wajiblah membayarnya hatta dengan kaum kerabat sendiri. Kalau tak mampu bayar, cuba berbincang dengan si peminjam bagaimana caranya. Selagi hutang menimbun, selagi tu hidup tak berkat, lebih-lebih lagi yang tak berniat untuk membayarnya. Apabila berhutang, tulislah! Niat untuk membayarnya, insyaAllah Allah akan bagi cara dan jalan.
Jangan biasakan diri berhutang walau hanya sepuluh sen. Hutang pada perkara yang perlu (keperluan spt rumah dan kereta/motor), bukan perkara yang mahu (kemahuan, kehendak, NAFSU!). Apabila sudah mula berhutang, kita sudah membuka ruang keselesaan untuk berhutang lagi dan lagi. Ini BAHAYA! Berfikirlah semasak-masaknya sebelum berhutang. Yang penting, NIAT dan USAHA untuk membayar semula. Jangan asyik mengharapkan simpati manusia, mereka juga punya kehidupan yang perlu diurus dan diteruskan.

Zakat.
Selesai hutang, zakat jangan dilupakan. Zakat tu kan ruknun min arkaanil islam. Satu rukun daripada rukun-rukun islam. Zakat menyucikan harta. Menambah berkat. Mencukupkan yang sedikit, memberkatkan yang banyak. Asyik sibuk berbelanja, berjalan travel around the world tp zakat taknak bayar. Apa cerita? Islam pada nama, tidak pada jiwa. Zakat takkan mengurangkan sedikit pun harta kita, malah menambahkan lagi nilaiannya. Walaupun dalam tangan cuma ada RM50, tapi terasa banyak, cukup, dan boleh buat macam-macam. Nak best lagi, infaqkan sedikit untuk pembangunan ummah dan islam. Sedekah sikit untuk orang-orang faqir dan miskin, anak-anak yatim, dan sesiapa yang sangat memerlukannya.

Sekian.