Monday, August 19, 2013

Mandulkah Aku?

Waktu kita membujang, orang sibuk tanya bila nak kahwin? Kalau umur dah lanjut, biasanya orang akan kata kita ni terlalu memilih, cerewet, mencari yang sempurna. Sedangkan, jodoh tu Allah hanya bagi bila kita dah sedia. Dan kesediaan kita tu, hanya Allah yang tahu.

Bila dah kahwin, orang tanya pula, bila nak dapat anak? Kalau dah bertahun-tahun kahwin tapi masih tak dapat anak, orang akan sangka kita mandul. Biasanya kaum isteri lah yang dipersalahkan dan dituduh sebagai mandul. Jarang orang lelaki dikatakan mandul. Kenapa ye?

Hmmm, entri kali ni bukanlah nak kata sesiapa mandul, bukan juga nak menceritakan perihal kemandulan mendapatkan anak. Mandul tu apa ye? Biasanya orang mentakrifkan mandul ni sbg penghalang utk mendapat anak setelah berkahwin. Mungkin sperma dan ovum tidak aktif atau tak kuat utk mendapatkan seorang anak. Apa pun takrifannya, kita tolak ke tepi dulu.

Persoalannya sekarang, mandulkah kita? Apa erti mandul di sisi islam?
Dalam islam, salah satu tujuan kita bernikah adalah untuk mendapatkan zuriat, sebagai penerus dan penyambung perjuangan nabi kita menyebarkan islam. Sebagai penyambung khulafa ar-rasyidin menegakkan daulah islamiyah. Tapi, adakah pernikahan satu-satunya cara untuk kita melahirkan zuriat-zuriat yang menyambung rantai perjuangan ini?

Tidak. Setiap muslim- aku, kau, dia, mereka, dan kita semua- sebenarnya berperanan dlm melahirkan zuriat-zuriat ini walaupun dalam keadaan kita masih bersendirian, belum bernikah.
Muslim yang mandul, ialah muslim yang tak mampu melahirkan walau seorang manusia yang akan menyambung tugas menyebarkan risalah dan berkorban apa sahaja demi menegakkan islam! Ketika ‘umur’ Muslim kita bertambah saban tahun, tanpa kita sedar kita adalah muslim yang mandul. Bagaimana mungkin?

Cuba kira, selama ‘umur’ muslim kita, berapa ramai orang yg berjaya kita muslimkan? Berapa orang yang telah kita berjaya dakwahi untuk ditarbiyah? Dan berapa orang pula orang yang kita tarbiyah, berjaya menjadi mukmin sejati? Sedangkan, selama hidup kita, kita berjumpa dengan ramai orang. Kita berkenalan dengan ramai orang. Di asrama, di kampus, di taman perumahan, di kampung halaman, di mana-mana sahaja. Dalam ramai-ramai yang ada di sekeliling kita, berapa ramai yang telah kita ‘lahirkan’ dari ‘rahim’ tarbiyah kita untuk menjadi seorang penyambung rantai perjuangan nabi?


Allahu..dalam kerisauan kita memikirkan kemandulan di dunia demi melahirkan anak sebagai penyambung zuriat, pernahkah kita terfikir tentang kemandulan yang lebih dahsyat dan perlu diberi lebih perhatian sepenuhnya? Tanya diri, Tanya iman. Muhasabahlah, mandulkah kita? Apakah kita penyebab terhentinya zuriat islam? Salam muhasabah buat diri dan semua.

credit mahalah jom isu no. 17

Wednesday, August 14, 2013

Kerana Dia

Dalam banyak-banyak benda kita buat, banyak mana perkara yang kita lakukan tu, berjalan dengan lancar tanpa ada pertangguhan dari segi masa dan emosi? Ye lah, manusia ni kan banyak sangat emosinya. Kalau buat something tu, setidak-tidaknya mesti ada sedikit kerana emosi dan semangat yang mendorong. Tapi, sejauh mana?

Kalau kita buat kerana semangat, kita jamin ke, satu saat nanti bila diuji dengan macam-macam hal, semangat kita akan tetap maintain atau terus menaik? Nak buat sesuatu yang baik ni, mesti banyak ujian kan. Ujian tu pulak, Allah sajalah yang Maha Mengetahui beratnya kita rasakan walaupun hakikatnya, ujian tu diberi sesuai dengan kemapuan kita.. Dan, jarang ada manusia yang ter'boost-up' dgn ujian-ujian yang menekan. Kebanyakannya akan mengeluh beratnya ujian, lantas semangat pun kian merundum. Saat itu, tiada lagi semangat yang berkobar untuk meneruskan apa yang telah dimulakan. 

Kalau buat kerana ibu ayah? Yup, kebanyakan anak-anak buat sesuatu untuk membahagiakan ibu bapa, dan sebagai simbolik membalas jasa mereka yang tak mungkin terbalas. Mana yang masih mempunyai kedua-duanya, mungkinlah semangat itu lain daripada mereka yang telah kehilangan salah seorang atau kedua-duanya. Cuma, apakah jaminan penyebab ini (ibubapa) akan terus menyuntik semangat kita meneruskan usaha yang digembleng? tipulah kalau takde konflik antara anak dgn parents kan? 

Macamna pulak kalau buat kerana kawan?
Kerana wang?
Kerana mood? Mood ni lagi lah, bebila masa boleh berubah. memang takde jaminan usaha kita akan terus bercambah dan meningkat.
Atau kerana sesuatu yang tiada kepastian kewujudannya selamanya..?

Hmmm... usaha yang kita lakukan pasti akan memakan masa yang sangat lama dan silap hari bulan, akan terbengkalai begitu sahaja~ jadilah ia bangkai-bangkai yang membusuk.

Makanya, nak buat sesuatu tu, buatlah kerana Allah. Kerana Dia takkan pernah hilang, Dia takkan sesekali meninggalkan kita, selamanya Dia di sisi kita. Cuma kita yang sombong dengan Dia!

Allah.. Thabatkanlah hati kami dengan agamaMu, dalam mentaatiMu, dan di atas jalan juang ini.. redhailah kehidupan ini ya Rabbi. Sungguh, hanya dengan rahmatMu kami akan melangkah ke syurga.. Aameen.